Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dirogol oleh datuknya sendiri sejak setahun lalu dan mangsa tidak pernah memberitahu kejadian itu kepada sesiapa kerana dia tidak menyedari bahawa perbuatan datuknya itu adalah salah.
Namun, pada Februari lalu, murid Tahun 5 itu sedar dia telah didera secara seksual selepas mengikut kelas pendidikan seks di sekolahnya.
Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada cikgunya yang kemudian menyampaikan kepada ibu murid terbabit sebelum membuat laporan polis.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek berusia 50 tahun dan dijatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, pada Khamis lalu.
Presiden Sabah Women’s Action Resources Group (SAWO), Winnie Yee menggesa pendidikan seks dilaksanakan di semua sekolah di negeri ini.
Beliau berkata, kejadian yang menimpa murid terbabit sangat menyedihkan dan membuktikan bahawa pentingnya pendidikan seks.
Sumber: The Star