Mulai 15 Februari, TikTok Shop kenakan caj RM0.50 bagi setiap pesanan berjaya | The Reporter

Mulai 15 Februari, TikTok Shop kenakan caj RM0.50 bagi setiap pesanan berjaya

Caj RM0.50 TikTok Shop dikenakan bagi setiap pesanan berjaya mulai 15 Februari 2026.
Mulai 15 Februari, TikTok Shop mula kenakan caj RM0.50 bagi setiap pesanan berjaya tanpa mengira nilai atau jumlah item.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


TikTok Shop akan mula mengenakan Platform Support Fee sebanyak RM0.50 bagi setiap pesanan yang berjaya dihantar, berkuat kuasa 15 Februari 2026, sebagai sebahagian pelaburan semula platform itu untuk menyokong ekosistem e-dagang jangka panjang.

Caj tersebut bersamaan RM0.54 termasuk 8% SST, dan dikenakan tanpa mengira nilai pesanan atau jumlah item dalam satu pesanan.

Menurut penjelasan TikTok Shop, yuran tetap ini bertujuan menampung penambahbaikan berterusan meliputi Seller Center, logistik, pengalaman pengguna serta infrastruktur. Caj hanya dikenakan ke atas pesanan yang berjaya dihantar, dan tidak akan dipulangkan walaupun pesanan tersebut dipulangkan atau dibayar balik selepas penghantaran.

Baca juga:

Siapa layak dikecualikan daripada caj RM0.50

Platform turut memperincikan beberapa pengecualian yuran untuk menyokong penjual baharu dan PKS. Penjual baharu—ditakrifkan sebagai penjual yang memuat naik produk pertama dalam tempoh 120 hari—layak menerima pengecualian untuk bulan berikutnya selepas pengelasan dibuat pada hari ke-16 setiap bulan.

Selain itu, penjual kecil dan sederhana turut layak dikecualikan jika dalam tempoh penilaian 30 hari mereka mencatat 100 pesanan siap atau kurang, atau 101–200 pesanan siap dengan GMV tidak melebihi RM3,000.

Beberapa kategori keperluan asas juga dikecualikan daripada caj ini, termasuk Baking, Fresh & Frozen, Staples & Cooking Essentials, serta buku teks di bawah katalog Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Rebat pengecualian bagi kategori ini akan dipulangkan pada awal bulan berikutnya.

Sumber: TikTok Shop

Related Posts