Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Berada berada di tempat orang, jagalah kelakuan dan usah melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jika tidak, berdepanlah dengan pelbagai kejadian pelik yang berlaku. Itulah pesanan yang seringkali dipesan oleh orang tua-tua dulu.
Wanita ini dan rakannya tidak menyangka, sepanjang dua bulan menjalani praktikal di tempat pilihan mereka di Cameron Highlands rupa-rupanya memberi pengalaman yang agak menyeramkan. Kehadiran mereka di tempat itu, tiada siapa yang memberitahu segala perihal mengenai tempat tinggal mereka. Sehingga berlaku satu kejadian yang tidak diingini.
INI PENGALAMAN seram aku semasa menjalani latihan industri selama dua bulan di Cameron Highlands. Siapa sangka, tempat pelancongan yang cantik begini boleh menjadi seram begitu. Aku sendiri pun tak sangka.








