Muka Lebam Dipukul Cikgu Dengan Pembaris

HANOI – Gagal ujian mengeja, seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun cedera di bahagian mata selepas dipukul oleh gurunya menggunakan pembaris, di utara Vietnam.
Kedua-dua bahagian mata mangsa yang hanya dikenali sebagai T, lebam teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 
Lapor Daily Mail, guru terbabit, Tran Thi Thu Tra berang apabila menyedari mangsa tidak boleh menjawab dalam ujian ejaan baru-baru ini. 
Susulan kejadian itu, Tra yang mengajar di Sekolah Rendah Pin Ngan, digantung kerja serta merta oleh pegawai pendidikan. Tra juga berkemungkin besar akan dipecat selepas siasatan berhubung kes itu selesai dilakukan. 
Ibu mangsa, Chao Ke May berkata, anaknya sangat sakit apabila dibawa pulang ke rumah oleh dua rakannya selepas kejadian itu. 
“Mukanya bengkak dan ada kesan lebam di matanya. Anak saya pada masa itu sangat takut dan sedih. Dia kini trauma untuk kembali ke sekolah,” katanya. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts