'Mudah, tak perlu tunjuk preskripsi' - Ramai warga Singapura beli ubat-ubatan di Johor Bahru kerana harganya yang murah - The Reporter

‘Mudah, tak perlu tunjuk preskripsi’ – Ramai warga Singapura beli ubat-ubatan di Johor Bahru kerana harganya yang murah

Gambar hiasan (A.I)

Selama hampir sedekad, seorang penghasil kandungan dari Singapura, Ryan Khoo, telah membuat video tentang barangan yang lebih murah di Malaysia.

Ramai penduduk Singapura datang ke Johor untuk membeli barang runcit dan bahan api yang murah. Selain itu, turut menarik perhatian mereka adalah, ubat preskripsi.

“Ramai orang tidak tahu, ubat preskripsi di Malaysia jauh lebih murah (berbanding Singapura),” kata Ryan yang juga menyebut ubat kolesterol, ubat tekanan darah dan bahkan Panadol, sebagai contoh.

“Dan anda boleh membeli (bekalan ubatan) sehingga tiga bulan. Pihak farmasi tidak memerlukan anda untuk menunjukkan sebarang preskripsi.”

Ryan menyedari perkara ini selepas diminta oleh kawannya untuk membeli ubat bagi bapanya di Johor Bahru.

“Kemudian, saya menyedari ramai orang melakukannya. Sama ada mereka membelinya untuk diri sendiri atau untuk ibu bapa mereka,” katanya.

Ubat-ubatan dijual tanpa sebarang preskripsi

Dalam satu program terbitan CNA Insider, Talking Point yang dihos oleh Steven Chia berkata, di Singapura, ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi. Tetapi kebanyakan farmasi yang dikunjunginya di Johor Bahru mendapati, ubat-ubatan termasuk ubat tahan sakit dijual tanpa sebarang persoalan.

Di Singapura, krim steroid seperti Elomet biasanya dijual satu tiub pada satu masa bagi mengelakkan kesan sampingan dari penggunaan berlebihan. Tetapi di Johor, tiada had dikenakan.

Seorang farmasis yang ditemuinya berkata, kebanyakan penduduk Singapura yang datang ke farmasinya mencari pil tidur.

Steven turut terserempak dengan seorang penduduk Singapura di farmasi dan membeli sejumlah besar ubat hipertensi berkata, sekotak ubat berkenaan di Singapura mencecah lebih SD$100, berbanding di Malaysia hanya SD$19 (RM19) sahaja.

“Apabila saya menyedari perkara itu, saya sangat terganggu kerana itu perbezaan yang sangat besar. Saya berhenti membeli ubat dari klinik (tempatan),” katanya.

Persaingan sengit

Pengarah Pengurusan MIMS Healthcare Data, Nikki Ng berkata, salah satu sebab utama harga ubat-ubatan rendah, selain kadar pertukaran mata wang, adalah persaingan sengit.

“Kadang-kadang di jalan yang sama, anda akan menemui sekuarng-sekurangnya tiga hingga empat farmasi sama ada dari rangkaian besar atau individu.

“Bila ada banyak persaingan, farmasi akan menurunkan harga unttuk memastikan pelanggan kembali.

“Dalam pasaran yang lebih kecil seperti Singapura, syarikat farmasi kadang-kadang berkemungkinan memutuskan untuk menetapkan harga ubat lebih tinggi. Berbanding Malaysia yang mempunyai populasi besar dan dengan itu harganya lebih rendah.

Sumber: CNA Insider

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!