MOTAC komited perketat pemantauan dan pematuhan SOP acara | The Reporter

MOTAC komited perketat pemantauan dan pematuhan SOP acara

MOTAC komited memperketat pemantauan dan pematuhan SOP acara selepas teguran Perdana Menteri.
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menzahirkan rasa kesal terhadap sebarang kekeliruan yang timbul berhubung penganjuran majlis makan malam yang tular baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC menjelaskan pihaknya menerima teguran daripada YAB Perdana Menteri dan mengambil iktibar daripada insiden berkenaan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“MOTAC dengan penuh rasa tanggungjawab dan takzim amat mengesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakyat.

“Kementerian akan memastikan setiap pelaksanaan program di bawah seliaannya mematuhi garis panduan dan etika yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas nasihat dan teguran membina yang disifatkan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa industri pelancongan, seni dan budaya negara.

Baca juga:

Menurut kenyataan sama, MOTAC menegaskan komitmennya untuk memperkukuh serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

“Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. MOTAC akan terus memperkukuh serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan tanggungjawab kepada rakyat dan negara,” jelas kenyataan itu lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Kementeriannya (MOTAC) berhubung isu hidangan arak di sebuah acara rasmi kerajaan. Anwar menegaskan perkara itu tidak boleh berulang sama sekali.

Beliau menolak penjelasan MOTAC bahawa arak hanya dihidang selepas program utama selesai, kerana ia tetap berlaku dalam lokasi dan majlis yang sama. Anwar menyifatkan alasan itu tidak boleh diterima kerana dasar kerajaan menetapkan larangan tegas terhadap hidangan arak di acara rasmi, tanpa pengecualian.

Related Posts