![]() |
Gambar kecil (kanan) tingkap kereta Grab Car yang pecah dibaling dengan batu, dakwa Neil Iskandar |
Selama ini hanya dengar dan lihat sahaja. Sekarang, saya merasainya sendiri. Kejadian berlaku di KLCC. Wajarkah mereka melakukan perbuatan ini terhadap pemandu Grab Car? Stupid moron asshole pemandu teksi area KLCC.
Hey! Batu yang mereka baling itu hampir terkena pada saya. Kaca hampir masuk mata saya! Mereka nak bayar ke kalau apa-apa perkara buruk terjadi pada saya?
Saya doakan yang baling batu macam sial itu, tujuh keturunannya hidup melarat.
Come’on la, kita mencari rezeki, jangan dengki. Seriously I’m bleeding tetapi hati ini lagi sakit. Saya kasihan pada pemandu Grab Car ini. Dia tetap bertenang dan tidak risau tentang keadaan keretannya. Dia lebih risaukan saya yang berdarah ini.
Inilah yang patut dicontohi oleh pemandu teksi, Uber atau pun Grab Car, utamakan penumpang. – Neil Iskandar
Berikutan itu, Neil didakwa sengaja mengada-adakan cerita bagi memburukkan perkhidmatan teksi. Namun, Neil menafikan dakwaan seorang netizen yang dipercayai pemandu teksi.
“Saya tiada niat mahu perkara ini menjadi viral. Tiada sebarang motof untuk mereka cerita atau merosakkan periuk nasi orang. Saya cuma kongsikan pengalaman ngeri untuk dijadikan iktibar dan peringatan,” katanya. – PIXEL MEDIA