Ammar Ahyan wakili ibu bapa serah zakat RM900,000 kepada Lembaga Zakat Selangor | The Reporter

Ammar Ahyan wakili ibu bapa serah zakat RM900,000 kepada Lembaga Zakat Selangor

Ammar Ahyan wakili ibu bapa serah zakat RM900,000 kepada Lembaga Zakat Selangor
Gambar: Tangkap layar TikTok Nur Shahidadherbs2

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Anak kepada usahawan terkenal, Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan, menjadi tumpuan apabila diberi kepercayaan mewakili ibu bapanya menyerahkan zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Datin Seri Shahida, zakat yang ditunaikan itu adalah bagi pendapatan separuh tahun pertama 2025, dari Januari hingga Jun.

“Syukur alhamdulillah, tercapai impian mama dengan papa menunaikan zakat pendapatan kepada Lembaga Zakat Selangor. Malangnya, mama dengan papa tak dapat hadir atas urusan lain. Jadi kami wakilkan Ammar Ahyan untuk ke majlis hari ini.

“Dah pesan awal-awal kepada protokol majlis sebab takut dia kekok. Tapi alhamdulillah, awak nampak sangat matang Ammar. Semoga apa yang kami sumbangkan sedikit sebanyak dapat membantu golongan asnaf di negeri Selangor,” katanya.

Apa yang lebih mencuri perhatian, Ammar sendiri turut meluahkan hasrat untuk terus istiqamah menunaikan zakat pada masa hadapan.

“Saya confirm tahun depan saya akan bayar zakat. Sebab zakat ialah salah satu tiang Islam (Rukun Islam),” katanya penuh yakin.

Baca juga:

Kenyataan itu membuatkan ramai netizen kagum dengan cara didikan yang diterimanya sejak kecil. Rata-rata memuji Ammar yang bukan sahaja petah berbicara, malah sudah mula memahami nilai tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

@shahidadherbs2

Syukur alhamdulillah tercapai impian mama dengan papa menunaikan zakat pendapatan untuk separuh tahun 2025 januari sehingga Jun kepada Lembaga Zakat Selangor. Malang nya mama dengan papa tak dapat hadir atas urusan lain. Jadi kami wakil kan Ammar Ahyan untuk ke majlis hari ini. Dah pesan awal awal dah protokol untuk majlis, takut dia kekok. Tapi alhamdulillah awak nampak sangat matang Ammar. Semoga apa yang kami sumbangkan tahun ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan Asnaf di negeri Selangor. Amin

♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Menerusi video yang dikongsikan, syarikat D’ Herbs Holdings Sdn Bhd telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM900,000 kepada Lembaga Zakat Selangor.

Sumbangan besar itu diharap dapat meringankan beban golongan asnaf di negeri tersebut sekaligus memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk sama-sama menunaikan kewajipan berzakat.

Selain Aliff Syukri, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, menjadi antara usahawan wanita tempatan yang membayar zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Related Posts