Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – Individu yang mendakwa simpanan RM30,000 di akaun Tabung Haji habis diambil oleh Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tampil membuat permohonan maaf.
Haji Rodzi, individu membuat dakwaan tidak berasas itu tampil memohon maaf secara ringkas melalui laman Facebooknya jam 11.13 pagi semalam.
“Saya Ahmad Rodzi minta maaf kerana salah faham dan melibatkan Tabung Haji dan PTPTPN. Tabung Haji tidak melakukan apa-apa tindakan. Semuanya hanyalah salah faham. Segalanya sudah selesai. Mohon tidak viralkan lagi masalah ini,” katanya.