Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kebelakangan ini topik mengenai bekas penyampai radio, Tyzo menjadi sebutan ramai apabila kontrak beliau tidak disambung. Pelbagai spekulasi timbul dan ‘cerita dalam kain’ mula dihebohkan sehingga pendapatan sebenar penyampai radio juga dikongsikan.
Bekas penyampai radio, Shuk Sahar dalam satu podcast turut mengulas isu ini. Katanya, Tyzo memiliki aura tersendiri apabila banyak stesen radio yang mula mendapatkan Tyzo.
Akui pernah dibuang dari stesen radio
Dalam pada itu, Shuk turut mendedahkan dia pernah dibuang oleh stesen radio. Bukan kerana penamatan kontrak tetapi kerana sikapnya yang boleh dikatakan tidak bertanggungjawab.
Pada malam raya beliau ditugaskan untuk bersiaran (on air) di radio. Tetapi disebabkan mahu pulang ke kampungnya di Pulau Pinang, Shuk telah merakam lebih awal lagu-lagu yang akan disiarkan dan meminta rakannya menjadi pemanggil.
“Ceritanya masa dekat Era dulu, aku buat hujung minggu. Masa tu time hari raya bro. Aku nak kena kerja pula time raya. Apa yang aku buat, aku datang pada malam raya tu… sebab aku nak balik Penang, kampung kat Penang.
“Aku datang, aku record siap-siap. Aku suruh kawan-kawan aku menyamar jadi caller. Dan aku pesan, suara kena bagi cergas eh. Bukan kita record tengah malam eh. Padahal masa tu tengah malam.”
Tiba-tiba boss radio call…
Nasib tidak menyebelahinya apabila majikan telah menghubunginya ketika dia sudah hampir sampai di Pulau Pinang. Majikan telah meminta dia mengubah dan memadam lagu yang telah ke udara.
Dan ketika itulah dia mula berasa cuak dan memberitahu perkara yang sebenar. Sebaik sahaja mendengar pengakuan itu, Shuk telah dimarahi dan diminta datang mengambil surat perletakan jawatan.
“Pukul 6.30 pagi dah nak sampai Penang, boss radio call aku. ‘Shuk boleh tolong ubahkan lagu tu tak? Sebab kita nak delete lagi tu’.
“Aku diam.. mula-mula dia call tu aku siap pasang radio. Bagi suasana macam dalam konti. So masa dia cakap padam tu, aku dah pucat. ‘Boss, saya dah nak sampai Penang.’.
“Dia maki aku, ‘Kau dah sampai Penang?! Kau tahu tak kau kena kerja! Kau ingat semua orang ni apa? Radio siapa nak jaga?! Minggu depan kau datang kau ambil surat resign.’
“Hari raya pertama aku, tak ada job bro.”
Walaupun dilihat seperti jenaka, netizen menganggap perbuatan Shuk sangat tidak bertanggungjawab dan disifatkan mengundang bahaya untuk industri penyiaran.


Dalam masa yang sama, netizen melihat Syuk seperti tidak kisah membuka pekung sendiri secara umum.
Sumber: Jalal Misai