Miliki video wanita buang air besar, nelayan dipenjara setahun | The Reporter

Miliki video wanita buang air besar, nelayan dipenjara setahun

Kredit foto: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang nelayan berusia 23 tahun dipenjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret di Kota Bharu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Pertuduhan pertama melibatkan pemilikan, pengintipan dan merakam video seorang wanita berusia 48 tahun yang sedang membuang air besar di tandas sebuah rumah di Pantai Pulau Kundur.

Pertuduhan kedua pula berkaitan dengan pemilikan gambar lucah dalam telefon bimbit.

Kedua-dua perbuatan ini dilakukan oleh tertuduh, Muhamad Aiman Aqmal Mohammad, di Jalan Kuala Besar Kampung Pulau Kundur pada 26 Ogos 2024, jam 11.40 malam.

Bagi dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad, memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan ini mengaibkan mangsa.

Hukuman penjara setahun bagi pertuduhan pertama dan setahun bagi pertuduhan kedua diarahkan berjalan serentak dari tarikh penangkapan, iaitu 26 Ogos 2024.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen, Muhamad Aiman Aqmal turut didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun sembilan bulan pada 24 Julai lalu di sebuah rumah di Pantai Pulau Kundur jam 4.20 pagi.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, yang melibatkan perbuatan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebatan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts