'Mereka tidak buat perkara yang melanggar adab Melayu & Islam' - Persatuan Seni Silat Cekak pertahan pertunjukan silat di Masjid Nabawi - The Reporter

‘Mereka tidak buat perkara yang melanggar adab Melayu & Islam’ – Persatuan Seni Silat Cekak pertahan pertunjukan silat di Masjid Nabawi

Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Datuk Maideen Kadir Shah yang juga Guru Utama menyifatkan tindakan tiga individu termasuk kanak-kanak yang bersilat di perkarangan Masjid Nabawi dianggap tidak menyalahi etika.

Malah menurutnya, tindakan tersebut dilihat lebih melambangkan identiti Melayu.

Beliau juga berkata jika mereka melakukan atau memaparkan perkara dan tindakan yang baik, itu tidak menjadi kesalahan apatah lagi bukan dilakukan ketika waktu solat.

“Waktu itu bukannya waktu solat dan ia adalah pakaian beradab dan mereka tidak buat perkara yang melanggar adab Melayu dan Islam.

“Jadi apa salahnya kalau kita biar orang bersilat tapi mestilah dengan beradab dan menunjukkan sesuatu yang baik,” katanya.

Wajar dihormati

Tambahnya lagi, seni silat itu dilihat mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Di negara kita, masjid menjadi tempat membawa silat untuk menyemarakkan masjid. Jadi apa salahnya orang silat buat tetapi dengan adab dan etika dan dia menunjukkan sesuatu yang baik,” katanya,” katanya.

Terdahulu, satu video tular yang memaparkan seorang lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki bersilat di hadapan Masjid Nabawi dengan lengkap berpakaian tradisi Melayu.

Sumber: Harian Metro, Kosmo

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!