Baca dan minta share agar jangan ada yang digunakan oleh keluarga ini.
Salam pada semua warga Facebook. Wanita dan lelaki dalam gambar yang dilampirkan ini telah datang ke butik kami pada 11 Februari 2016, jam 5 petang. Mereka telah memperkenalkan diri mereka adalah kerabat Selangor dan Pahang, ingin menyewa barang hantaran dan pakaian serta khidmat fotografi dari butik kami untuk majlis pertunangan pada 14 Februari 2016.
Memperkenalkan diri sebagai bonda wanita berusia 68 tahun ini menyatakan dia akan bertunang pada 14 Februari dan bernikah pada 19 Februari di Concorde Hotel Shah Alam, bersama kerabat Selangor.
Segala urusan telah diuruskan oleh puteri (gambar pasangan) yang meminta kami menyediakan segala persiapan secepat mungkin serta memberi cek kepada kami untuk bayaran.
Cek Affin Bank atas nama pemilik akaun, Aziz bin Mat Idin, bertarikh 12 Februari dan akan tunai di akaun pada Selasa 16 Februari 2016.
Kami menyatakan bahawa segala pembayaran deposit, kami hanya menerima bayaran tunai. Namun, mereka menjawab mereka akan membayar deposit pada waktu session fotografi 13 Februari jam 12 tengah hari.
Pada hari 13 Februari, segala goodies, hantaran, baju, kasut dan aksesori telah diambil untuk tujuan majlis bertunang. Sesi fotografi pula terus diadakan di butik kami untuk acrylic board perkahwinan.
Selepas sesi fotografi, bayaran yang dijanjikan tidak diberi. Alasan mereka, amaun untuk mengeluarkan duit sudah mencapai had pengeluaran. Kami seperti dipukau, hanya mengiakan sahaja apa yang diminta oleh mereka termasuklah set baju pernikahan, aksesori dan terus membuat tempahan untuk goodies pernikahan mereka pada 20 Februari 2016, sebanyak 500 box melalui rakan niaga kami.
Pada Selasa 16 Februari jam 3 petang, kami dihubungi oleh pihak Maybank bahawa kami menerima cek tendang. Kami terus menghubungi mereka melalui nombor 011-24295657. Puteri menjawab panggilan dan menyatakan bahawa dia akan datang untuk membuat pembayaran tunai di butik kami pada jam 4.30 petang. Namun begitu, dia tidak muncul pada waktu yang telah dijanjikan.
Pelbagai janji di dalam SMS yang dihantar pada kami sehingga hari ini hanyalah alasan. Laporan polis juga telah dibuat, namun kami dinasihatkan untuk berkongsikan gambar dan kes ini di media sosial agar tiada yang menjadi mangsa penipuan mereka.
Menurut pihak polis, individu-individu ini memang banyak menipu orang ramai menggunakan nama kerabat dan lebih dari lima orang telah membuat laporan polis berhubung cek tendang dan segala yang mereka minta telah diselesaikan termasuklah memberi wang tunai. – Nana Bridal | PIXEL MEDIA