Kejadian ini benar-benar berlaku pada salah seorang rakan baik saya hari ini. Memang benar Malaysia sudah menjadi ‘Darul Kelakar bin Pelik Tetapi Benar’.
Seorang perempuan Indonesia ditemui menangis teresak-esak, wajahnya trauma habis, mata bengkak kerana menangis. Disebabkan kakitangan wanita itu dibawah seliannya dan atas dasar perikemanusiaan, kawan saya cuba bertanya apa punca dia menangis.
“Rupa-rupanya dia dicabul oleh lelaki bangsa ketiak hangit di dalam stor!”
Kawan saya terus memaklumkan kes ini kepada Human Resources (HR) kerana dia percaya Malaysia ada undang-undang dan kita semua pun tahu setiap sektor ada akta untuk kes salah laku seks di tempat kerja.
Tetapi, jawapan dari HR amatlah membanggakan yang mana mereka menasihatkan jangan perbesarkan kes-kes ini.
“Lagipun wanita ini warga Indonesia sahaja dan si pelakunya pula ketiak hangit. Tak luak der!” agaknya begitulah yang dia kata.
Mereka tidak mahu serabut dan tidak mahu polis masuk campur yang akan menyebabkan kerja-kerja tergendala jika pekerja Bangladesh tiada. Mungkin juga sebab perempuan itu orang Indonesia, jadi kalau kena bunuh tak mati. Kalau kena rogol, “Lantaklah!”. Mungkin kita susah membaca fikiran orang yang bijak pandai seperti menteri ini.
Lebih dahsyat lagi, penyangak Bangla ini siap mengugut perempuan Indonesia ini disebabkan sudah membuat aduan pada HR. Siap cabar lagi mana-mana individu yang membantu perempuan itu akan turun menerima akibatnya.
Sebenarnya, kalau HR ambil tahu kebajikan kakitangannya, kes-kes seperti ini tidak akan berpanjangan.
Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, kawan saya pun pergilah ajar mana yang Bangla ini tak berapa nak faham. Mungkin budaya raba, rogol di sana tak salah tetapi lain tempat lain caranya.
Tangan-tangan sayang je boss, lelaki menipulah tak pernah bertumbuk. Alah, kalau dia suka-suka hati nak meraba merogol perempuan, takkan kena tumbuk pun nak bising? Kan? Lagipun dengan tangan, bukan dengan senjata. Kan undang-undang Malaysia begitu, tak boleh melawan penjenayah dengan senjata yang lebih besar dari senjata penjenayah.
Jadi, kita selesaikan dengan cara tangan kosong dan berlawan seperti lelaki sejati. Kawan saya acah-acah nak pukul disebabkan dia yang mula mencabar nak apa-apakan mana-mana individu yang menolong perempuan itu.
“Dah minta sangat, salah ke nak bagi?”
Akhirnya lelaki ketiak hangit ini kena pergi ke balai sebab bos Bangla yang berbangsa Melayu ini telah membuat laporan polis. Dia takut lelaki Bangla itu mati, nanti tak cukup kakitangan pula. Padahal ada berjuta.
Sibuk memekak menyalak tak cukup kakitangan, kalau isteri dia, anak gadis dia yang kena raba dan rogol oleh warga asing, nak senyum saja ke dengan kejadian itu?
Kemasukan lebih ramai pekerja warga asing ke negara ini, rakyat Malaysia janganlah leka, jagalah anak-anak dan isteri anda semua. – Akisk LaRa | PIXEL MEDIA