Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri.
Penahanan tersebut untuk memberikan keterangan kepada pihak berkuasa tentang siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.
Menerusi satu laporan, sumber menyatakan Mohd Shukri dipanggil untuk membantu siasatan kerana dipercayai terbabit salah guna kuasa dalam pentadbiran negeri. Salah guna kuasa itu didakwa semenjak PN mengambil alih pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022 lalu.
Sebelum ini, anak Mohd Shukri yang juga menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara enam individu direman SPRM pada minggu lalu.
Ia antara lain bagi membantu siasatan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Terdahulu, SPRM dilaporkan menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki terbabit dengan salah guna kuasa.
Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang membabitkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.
Sumber: Berita Harian,Harian Metro








