Mayat Wanita Disumbat Dalam Beg & Dihanyutkan Di Sungai Klang - The Reporter

Mayat Wanita Disumbat Dalam Beg & Dihanyutkan Di Sungai Klang

Foto ehsan Polis Daerah Klang Utara
KLANG – Mayat seorang wanita disumbat dalam beg pakaian dan dihanyutkan di Sungai Klang, Bandar Baru Klang, ditemui oleh pekerja pembersihan warga Indonesia, lapor Harian Metro
Dalam penemuan jam 1 petang itu, mayat wanita yang dipercayai warga tempatan itu ditemui di kawasan perangkap sampah, Jalan Harper, tepi Sungai Klang, Selangor, dalam keadaan berlipat dan diikat menggunakan cadar. 
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa dianggarkan berusia 30’an, kaki kanannya dibalut simen sehingga paras lutut dipercayai tulang kakinya patah. 
“Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam. Siasatan mendapati, mayat berketinggian 157 sentimeter, berat 50 kilogram, memakai pendakap gigi dan dipercayai baru melahirkan anak kerana terdapat kesan parut pembedahan di bahagian perutnya,” katanya. 

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Foto ehsan Polis Daerah Klang Utara
Mayat dipercayai dibunuh lebih seminggu yang lalu, namun tiada kesan kecederaan atau hentakan ditemui berikutan mayat mangsa sudah mereput. Malah identiti mangsa juga tidak dapat dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!