Mayat remaja perempuan ditemui dalam semak, lelaki warga asing ditahan - The Reporter

Mayat remaja perempuan ditemui dalam semak, lelaki warga asing ditahan

Mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui pada jam 10 pagi di kawasan semak, di perkampungan setinggan, Kampung Forest, Sandakan, Sabah. 

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa dan mengerahkan sepasukan polis ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. 

Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati mayat mangsa berada di dalam kawasan semak dan berlumpur. 

Siasatan awal mendapati, mangsa mati dibunuh dan mayatnya dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. 

Susulan penemuan mayat itu, polis telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. 

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!