Mayat bayi masih bertali pusat ditemui tepi tong sampah - The Reporter

Mayat bayi masih bertali pusat ditemui tepi tong sampah

GEORGETOWN, PULAU PINANG – Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui berhampiran tong sampah di Kompleks Makanan Bayu Senja, Batu Ferringhi, hari ini, lapor Harian Metro
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 9 pagi tadi. 
“Mayat bayi dibungkus dengan kain putih dan kain batik, diletakkan dalam kotak. Pemeriksaan awal mendapati, tiada kesan luka atau kecederaan pada mayat. 
“Kami masih menjalankan siasatan lanjut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya. 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!