Mayat bayi baru lahir ditemui dalam pesawat AirAsia - The Reporter

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam pesawat AirAsia

Mayat bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam pesawat penerbangan AirAsia yang dijadualkan berlepas dari Imphal ke Delhi, India hari ini, lapor NDTV
Menurut polis, bayi malang itu dipercayai telah dilahirkan di dalam tandas dan polis turut menemui tisu tandas yang disumbat dalam mulut mangsa. 
Siasatan awal mendapati, seorang gadis bawah umur berasal dari Imphal adalah ibu kepada bayi berkenaan. 
Polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengklasifikasikan kejadian itu kes kematian dalam penerbangan. 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!