Maut Dilanggar Ketika Bermain Roller Blade - The Reporter

Maut Dilanggar Ketika Bermain Roller Blade

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut dilanggar kereta ketika sedang bermain kasut roda (roller blade) pagi tadi. 
Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 8 pagi tadi di Kampung Bukit Bayas itu, sumber mendakwa mangsa bermain roller blade di depan rumah jirannya sebelum dilanggar kereta. 
“Seorang budak perempuan berumur 9 tahun mati dilanggar kereta ketika bermain roller blade di Kampung Bukit Bayas, depan pintu pagar rumah Wan Mutalib.
“Baru berlaku tadi. Kepada sahabat, berhati-hatilah bila membiarkan anak bermain roller blade,” kata Rasmin Arnie.
Berita dari Rasmin itu mendapat 1,011 shares di laman Facebook. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!