Adalah berbahaya jika ibu bapa mendedahkan penggunaan gajet kepada anak kecil kerana ia boleh menjejaskan deria penglihatannya. Lebih teruk lagi apabila mereka menjadi ketagihan dan menggunakan gajet sepanjang hari untuk setiap hari juga berisiko menghadapi masalah lain yang amat menakutkan.
Dalam perkongsian Juliana Aziz, mata kanan anak sulungnya mengalami simptom ‘lazy eye’ akibat kerap menggunakan gajet. Melihat keadaan mata anaknya seperti itu, Juliana mahu berpesan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak kecil tidak mengulangi kesilapannya dan mengambil langkah segera menangani masalah itu sekiranya anak-anak mereka punyai simptom ketagihan pada gajet.
SEMOGA menjadi iktibar kepada kalian. Jangan bagi anak kecil bermain handphone, tab, iPad atau apa-apa jua jenis gajet.
Alhamdulillah dia sekarang sudah tidak peduli pun kalau kita menggunakan handphone di depan dia melainkan kalau dia nak tengok video yang menarik perhatian telinganya, pantas dia akan bertanya “Apa tu? Dhiya nak tengok juga boleh tak?”. Kini dia lebih peka dan pantas memberikan respon kalau dipanggil atau meminta dia buat sesuatu.
Katanya kalau di United Kingdom (UK), perkara biasa nampak budak-budak pakai patching eye seperti ini kerana kebanyakan mereka tahu cara merawat mata kanak-kanak yang mengalami ‘lazy eye’ dengan cara itu.
Tindakan yang kononnya bagi dia main handphone di waktu yang perlu itu sahaja akhirnya meninggalkan kesan buruk kepada anak sulung kesayangan kami ini. Kami mula berkeras melarang dan tidak membenarkan dia bermain handphone hampir dua tahun lalu bila perasan dia mula ada simptom ketagihan untuk bermain handphone.
Dalam masa yang sama, dia semakin kerap mengadu pening, sakit kepala dan mengosok-gosok mata. Masa itu mata kanan dia masih belum kerap juling seperti sekarang dan kami terbaca artikel-artikel tentang bahayanya kesan pendedahan gajet pada mata, minda dan emosi kanak-kanak.
Dalam tempoh beberapa bulan kami suami isteri dan juga Dhiya sendiri struggling untuk pisahkan dia dari handphone, rawat rasa keinginan atau ketagihan dia pada handphone itu dan kebetulan mata kanan dia baru mula juling-juling sekejap.
Hampir dua tahun Dhiya dipisahkan dengan handphone. Hujung bulan ini dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang keempat dan tahun depan dia akan mula masuk prasekolah.
Semoga mata Dhiya cepat sembuh dan pulih semula supaya tidak perlu memakai topeng mata lanun itu lagi bila dah belajar di prasekolah dengan kawan-kawan.
Untuk ibu bapa di luar sana yang kini dalam dilema dan kerumitan bab anak yang ‘jatuh hati jatuh cinta’ dengan gajet, pisahkanlah, ceraikanlah sepenuhnya anak dari gajet secepat mungkin terutamanya yang berusia bawah tujuh tahun. Rawatlah ketagihan mereka pada gajet sebelum terlambat.
Saya tak kata ianya mudah, tetapi ambil masa, stress dan usahakan sehingga berjaya dan ianya pasti berbaloi. Semoga perkongsian panjang berjela ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan peringatan buat anda semua yan gada anak kecil, baik anak sendiri mahupun anak saudara waima cucu sekalipun.
Sumber: Juliana Aziz