Malaysia bukan tunduk kuasa besar, hubungan dengan China mampu berdiri setara - PM | The Reporter

Malaysia bukan tunduk kuasa besar, hubungan dengan China mampu berdiri setara – PM

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Universiti Tianjin, menegaskan Malaysia bukan tunduk kuasa besar dalam hubungan dengan China.
“Malaysia bukan tunduk kuasa besar, hubungan dengan China berdiri setara,” – PM Anwar Ibrahim | Kredit gambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan Malaysia tidak pernah tunduk kepada kuasa besar, sebaliknya berpegang pada prinsip kedaulatan dalam kebergantungan, berdiri teguh mempertahankan kedaulatan negara sambil terbuka kepada perdagangan, teknologi dan sumber luar demi kemakmuran bersama.

Beliau menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, China, semalam, dengan menekankan bahawa konsep ini menjadi asas penting dalam membina hubungan erat Malaysia–China sejak 1974 sehingga kini.

Kedaulatan dalam kebergantungan

Menurut Anwar, keputusan Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China pada 1974 adalah langkah berani yang lahir daripada keyakinan terhadap masa depan. Langkah itu kini terbukti membawa manfaat besar, termasuk kerjasama dalam projek infrastruktur, tenaga hijau, ekonomi digital dan kemudahan perjalanan rakyat kedua-dua negara.

Baca juga:

“Malaysia boleh kekal sepenuhnya dengan pendirian dan kedaulatan, namun terbuka kepada aliran perdagangan, sumber dan teknologi yang diperlukan untuk mencapai kemakmuran bersama,” katanya.

Beliau turut mengangkat semangat “harmony without uniformity” yang sudah lama berakar di Asia, iaitu tamadun mampu saling memperkayakan tanpa menghapuskan identiti masing-masing.

Dunia goyah, Asia perlu pilih kerjasama

Anwar turut mengingatkan dunia hari ini semakin goyah, dengan peraturan dagangan berubah sesuka hati, kawalan eksport diumum dan ditarik balik sekelip mata, manakala perpecahan semakin menjadi pilihan.

Dalam keadaan itu, Asia perlu tampil dengan jalan berbeza, menjadi jambatan bukannya tembok dan memilih kerjasama daripada persaingan sempit.

Jika semangat ini diteguhkan, katanya, Asia akan melangkah ke hadapan dengan bermaruah, berpendirian dan terbuka antara satu sama lain.

“Di situlah lahir kekuatan kita, dan di situlah kita memperteguh Asia di persada dunia,” jelasnya.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Related Posts