Malaysia boleh hantar angkasawan kedua jika negara terus komited, kata Sheikh Muszaphar, tetapi netizen minta jangan bazirkan duit cukai rakyat | The Reporter

Malaysia boleh hantar angkasawan kedua jika negara terus komited, kata Sheikh Muszaphar, tetapi netizen minta jangan bazirkan duit cukai rakyat

Sheikh Muzaphar berkata, angkasawan kedua negara boleh dihantar ISS sekiranya Malaysia terus komited. Tetapi netizen pula tidak bersetuju.

Kestabilan politik dan kerajaan futuristik akan memberi laluan kepada Malaysia untuk merealisasikan misinya menghantar angkasawan kedua pada 2030, kata angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Beliau berkata, inisiatif di bawah rangka tindakan Agensi Angkasa Negara Malaysia itu bertujuan menghantar angkasawati atau angkasawan wanita pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Pusingan pemilihan pula dijangka pada 2025 atau 2026.

“Rangka tindakan itu adalah untuk mencari angkasawati, jadi seorang (angkasawan) wanita kali ini. Saya berharap individu itu adalah dari Sarawak,” katanya.

Namun begitu, ramai yang membantah misi tersebut dan mendakwa lebih baik sekiranya mendahulukan dana tersebut untuk memperbaiki segala prasarana dan juga infrastruktur dalam negara.

“Lepas tengok hasil dari first trip dulu. Rasanya lagi banyak faedah kalau negara ini salurkan dana yang ada untuk improve pendidikan (repair sekolah, tambah klinik kesihatan, hospital, tingkatkan kualiti hidup rakyat.

“Kita bukan negara besar nak join space race. Terlalu banyak perkara asas yang lebih penting berkaitan rakyat dan kepentingan negara yang perlu didahulukan. Berbanding perlukan angkasawan kedua ni,” tulis Injang.

Ada juga yang mencadangkan agar Malaysia perlu mulakan dengan menghasilkan roket sendiri.

“Lebih baik buat roket sendiri tak perlu pun sampai tahap hantar orang. Boleh hantar microsatellite ke LEO pun kira cukup power. Sebab teknologi itu pun boleh gunakan dalam military application juga,” kata netizen lain.

Sumber: Twitter Injang, Bernama

Related Posts