Majlis Rumah Terbuka anjuran PMX di 6 negeri tak patut diteruskan - Sanusi - The Reporter

Majlis Rumah Terbuka anjuran PMX di 6 negeri tak patut diteruskan – Sanusi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menjemput orang ramai hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama dengannya di enam lokasi bermula Sabtu ini.

Jemputan itu dibuat menerusi hantaran di Facebook dan Twitternya semalam.

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama YAB Perdana Menteri,” kata Anwar menerusi Facebook.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor berkata, penganjuran rumah terbuka itu tidak patut dilakukan kerana ia bertentangan dengan pendirian Anwar yang mahu menghapuskan acara besar-besaran bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan.

Sanusi berkata, pemimpin kerajaan persekutuan sepatutnya berpegang kepada tradisi lama iaitu mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Sanusi yang terkenal dengan kenyataan sensasinya itu juga mempertikaikan pengelibatan beberapa kementerian dalam penganjuran majlis rumah terbuka itu kerana kementerian berkenaan tidak diberikan bajet khusus untuk acara seumpama itu.

Turut menyokong kenyataan Sanusi, Dewan Ulama Pas mendakwa penganjuran majlis rumah terbuka itu bermotifkan politik menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketuanya, Datuk ahmad Yahaya berkata, program itu hanya pembaziran semata-mata bagi memenuhi kerakusan politik Anwar dan kerajaan.

Tambahnya, rakyat sudah bijak menilai dan membaca kebobrokan tindakan Kerajaan Madani yang semakin tempang hari ini.

Sumber: Free Malaysia Today, Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!