Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan pengacara, Norreen Iman meluahkan rasa terharu apabila diberi kepercayaan mengacarakan siaran langsung pernikahan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung di Dewan Utama, Golden Palm Tree Bagan Lalang, pada Ahad malam.
Berkongsi pengalamannya di platform media sosial, Norreen menyifatkan majlis itu sebagai momen paling tenang dan menyentuh hati yang pernah dihadirinya.
“Bila aku jadi host wedding live, aku interview tetamu yang datang, aku tengok ahli keluarga yang hadir, dia macam ada satu vibe tau yang kita dapat rasa keluarga ni memang keluarga yang baik-baik.
“Lepas tu aku interview parents Amira, tengok air muka… tenang lain macam. Aku sebak cakap macam ni. Bila dapat restu mak ayah ni, insya-Allah bahagia la. Tapi aku boleh rasa vibe yang lain macam. Aku tengok, aku happy.Tak pernah aku pergi majlis ijab qabul setenang ini,” katanya.
Baca juga:
- ‘Majlis pernikahan Fattah & Amira vibe yang lain macam’ – Norreen Iman
- ‘Amira & Fazura ada keistimewaan masing-masing’ – Anzalna
- Raja Azura fail tuntutan nafkah terhadap bekas suami

Norreen turut mendedahkan, lebih 250,000 penonton menyaksikan siaran langsung itu menerusi Unifi TV, sekali gus menjadikannya pengalaman manis dan penuh berdebar dalam karier pengacaraannya.
“Subhanallah. My first time ever, hosting for wedding live, being watched by almost 250,000 viewers! Menggigil lutut aku semalam. Anyway, congratulations to Fattah & Amira. Semoga saling menyayangi lillahitaala,” tulisnya.
Terdahulu, majlis akad nikah Fattah Amin dan Amira Othman disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang bertindak sebagai jurunikah mewakili bapa pengantin perempuan, Othman Abdul Kadir.
Hanya dengan sekali lafaz, Fattah sah bergelar suami kepada Amira di hadapan kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.