Main Pickleball Bersama KJ & Shahril, & Raih Pengalaman Kesihatan Ekslusif Bersama GKB Di The Social Serve | The Reporter

Main Pickleball Bersama KJ & Shahril, & Raih Pengalaman Kesihatan Ekslusif Bersama GKB Di The Social Serve

Pickleball GKB x KS Lagi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sukan pickleball semakin hari, semakin menjadi sukan kegemaran rakyat Malaysia kan? Sekarang ni dah banyak gelanggang pickleball sedang dibangunkan, membuktikan yang sukan ini telah menerima sambutan yang cukup hangat!

Haa, untuk korang yang menggemari sukan pickleball, jangan lepaskan peluang keemasan untuk sertai acara The Social Serve, dibawakan khas oleh GKB, di mana korang berpeluang untuk bermain bawah satu bumbung dengan KJ dan Shahril!

Nak tahu macam mana nak sertai? Baca artikel ini sampai habis.

Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan GKB, Ini Antara Perkara Yang Menanti Di The Social Serve!

Kalau korang bertuah untuk memenangi tempat ke acara The Social Serve ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh sertai selain daripada bermain pickleball tau!

Antaranya, korang boleh berehat dan bersosial bersama pemain lain sementara tunggu perlawanan seterusnya di Networking Lounge. 

Apa yang menjadi tumpuan di lounge ini yang korang patut cuba adalah GKB Supplement Bar, yang terletak di Live Better Lounge. 

Kalau korang nak tahu, GKB Supplement Bar ini memberikan korang pengalaman kesihatan yang diperibadikan, di mana ia menawarkan sampel suplemen GKB tau! Ada pelbagai pilihan suplemen boleh dicuba, jadi jangan lupa singgah okay!

Selain itu, bersebelahan bar ini, pastikan korang bergambar banyak-banyak di dinding foto eksklusif sebagai tanda korang hadir ke acara ini tau. 

Lagi satu, masa korang tengah bertarung main pickleball, jangan terkejut dan hilang fokus apabila ternampak Zee Zee dan Goolulu! Ia adalah maskot yang akan sentiasa bersorak untuk korang sepanjang tempoh perlawanan berlangsung. Barulah korang ada semangat!

Kalau ternampak Zee Zee dan Goolulu, pastikan korang tangkap gambar atau rakam video bersama dan muat naik di Instagram Story untuk mendapatkan setem khas. 

Peluang Main Pickleball Bersama KJ & Shahril? Macam Mana?!

Dah lah dapat main pickleball secara percuma, dapat pula bermain satu bumbung bersama KJ dan Shahril, memang rugi sangat kalau korang tak join! Bukan selalu ada peluang macam ni. 

Nak jadi antara yang terpilih untuk bersukan bersama KJ atau Shahril? Senang saja, apa yang korang perlu buat adalah main permainan berikut: 

Sepuluh pemenang bertuah akan dipilih dan akan diumumkan di media sosial Instagram KS Lagi. 

Dengar-dengar, ada juga orang ternama yang selalu kita nampak pada skrin akan sertai perlawanan pickleball ini tau! Jadi, kalau nak tahu siapa, stay tuned dan jangan lupa follow okay!

Related Posts