‘Maid Beria-ria Suruh Patah Balik, Rupa-Rupanya…’

Haziq, saya nak cerita something tentang pembantu rumah keluarga saya  ini. Awak tahu kan, dia baik macam mana? Dia kerja dengan keluarga saya dah lama, sejak 2013 lagi. Tetapi minggu lepas, dia balik Indonesia. 
Ceritanya begini, dua minggu yang lalu, dia ada beritahu kami yang ibunya sakit. Kemudian, kami pun belikanlah tiket untuk dia balik. Bila nak beli tiket balik ke sini semula, dia kata tak payah sebab tak tahu lagi bila nak balik. 
Dia juga memberikan alasan yang dia bimbang ibunya sakit lebih teruk, menyebabkan dia terpaksa berada di kampung untuk jangka masa yang lama. 
Pada ketika itu, ibu saya sudah mula berasa pelik. Tetapi bila fikir yang wanita Indonesia ini sudah lama bekerja dengan keluarga dan tidak pernah mencetuskan masalah, ibu pun turut saja kemahuannya. 
Sehari sebelum pembantu rumah itu balik, dia buat kek sebab dia kata dia nak bawa balik ke Indonesia. Dia dah siap bungkus dengan rapi untuk dibawa balik. 
Keesokkannya, kami menghantar dia ke lapangan terbang. Bila sudah berada di dalam kereta, pembantu rumah itu baru tersedar yang dia tertinggal kek yang dibuatnya semalam. Bermula dari situ, dia sibuk menyuruh kami berpatah balik untuk mengambil kek itu sambil menangis dan merayu-rayu. 
Ayah saya nak patah balik, tetapi disebabkan lebuh raya sesak dan bimbang terlepas penerbangan, ayah batalkan hasrat berpatah balik ke rumah. 
Ibu pula cuba memujuknya dan berkata akan membeli kek yang lain di lapangan terbang itu nanti. Tetapi wanita Indonesia ini tetap juga mahu kek yang dia buatkan itu.
Bila tiba di lapangan terbang, ibu mahu membeli kek untuk dia. Tetapi wanita itu menolak tawaran ibu menyebabkan ibu mula berasa pelik buat kali kedua. 
Jadi, semasa kami menghantar dia, ibu berikan lagi duit tambahan pada dia kerana ini kali dia balik ke Indonesia selepas dua tahun bekerja. 
Bila kami semua balik ke rumah, ibu kemaskan dapur dan nak hidangkan kek itu. Tahu apa yang ibu saya jumpa semasa dia memotong kek itu?
Barang kemas ibu saya seperti rantai emas, gelang emas semua sudah dibakar sekali dengan kek itu. Masa itu baru teringat mengapa pembantu rumah itu beria-ria nak balik ambil kek itu untuk bawa balik ke Indonesia. 
Kami semua tidak menyangka yang dia akan buat seperti itu. Sampai begitu sekali dia nak mencuri. Mujur ayah tak jadi patah balik mengikut kehendaknya tadi. 
Saya kongsikan perkara ini supaya awak berhati-hati. Bukan semua orang jahat, tetapi pembantu rumah kami ini pun semua tak sangka dia tergamak berbuat demikian. – Imran Kamil | PIXEL MEDIA

Total
0
Shares
Related Posts