Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang bekas pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Terengganu, bersama empat pihak lain diperintah oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk membayar ganti rugi RM616,634.20 kepada mangsa buli yang hilang pendengaran.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusi oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, bersama dengan Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Dalam prosiding secara talian itu, ketiga-tiga panel hakim membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh dan sembilan pihak berkenaan bertanggungjawab dan cuai ke atas mangsa (plaintif) yang kini berusia 22 tahun.
Dalam kejadian 26 April 2015, mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun telah dipukul, dibuli dan diserang di bilik ketua pengawas sebuah sekolah di Terengganu.
Tertuduh yang terlibat adalah pelajar tingkatan lima (defendan pertama hingga kelima) yang kini berusia 25 tahun, penolong kanan hal ehwal murid (PKHEM – defendan keenam), pengetua (defendan ketujuh), Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan Kerajaan Malaysia (defendan terakhir).
Untuk rekod, 29 September 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mendapati kesemua defendan bertanggungjawab ke atas segala kecederaan mangsa dan membenarkan plaintif menuntut ganti rugi am kecederaan, khas dan teladan sebanyak RM616,634.20.
Namun pada 20 Mei 2021, Mahkamah Rayuan mengenapikan keputusan itu kerana plaintif gagal membuktikan liabiliti lima defendan itu telah memukul, membuli dan menyeranganya.
Malah, panel hakim Mahkamah Rayuan pada ketika itu menetapkan bahawa defendan keenam dan ketujuh tidak cuai semasa menjalankan tugas terhadap pelajar.
Sementara itu, peguam yang mewakili mangsa, Wan Azliana Wan Adnan berkata, kes itu merupakan kemenangan untuk anak guamnya, termasuk semua mangsa-mangsa buli di Malaysia. Beliau berharap keputusan kes itu dapat dijadikan sebagia pengajaran dan bertindak sebagai ‘deterrent’ bagi kes-kes buli yang lain.
Sumber: Kosmo! Online