SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai ahli politik ‘low class’.
Beliau berkata demikian kerana Mahathir telah mengambil langkah menghalalkan cara asalkan niat untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercapai, lapor Sinar Harian.
“Ya, dia menghalalkan cara. Prinsip dia, buat apa sahaja perkara boleh dilakukan asalkan niatnya tercapai. Kini dia sudah sampai ke tahap ahli politik yang ‘low class’. Sungguh sedih tetapi nak buat macam mana? Dia buat diri dia macam itu.
“Dia sudah terdesak. Sebelum ini, setahun dia cuba menjatuhkan Najib tetapi gagal. Ahli UMNO tetap berdiri teguh di belakangnya. Sebab itu dia keluar parti dan anak dia pula kena buang. Bertambahlah dendamnya..
“Jadi, dia akan ambil apa saja kesempatan untuk menggabungkan usaha menjatuhkan Najib. Contohnya, dia tengok perhimpunan Mansuh GST boleh jatuhkan Najib, dia akan turut serta. Sampai ke situ dendam dia.
“Rakyat tahu yang mana boleh ikut dan tidak. Nampak sangat dia duduk dengan pembangkang. Dia berkompromoi dengan prinsip dia, amat memalukan. Sekarang dalam politik, dia sudah sampai ke tahap yang rendah, yang langsung tiada prinsip,” katanya. – PIXEL MEDIA