Lori Tangki Petroleum Terbabas, Lebuhraya Karak Sesak 3KM - The Reporter

Lori Tangki Petroleum Terbabas, Lebuhraya Karak Sesak 3KM

KUALA LUMPUR – Sebuah lori tangki petroleum terbabas di Kilometer 32.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran kawasan Genting Sempah menghala ke Gombak pada jam 5.30 petang tadi. 
Kemalangan yang melibatkan lori tangki tanpa muatan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu, sesak teruk di kedua-dua arah.
Lapor Hari Metro, lori terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh penghadang lebuh raya menyebabkan tangkinya menghalang laluan sepenuhnya. 

Bagaimanapun, tiada kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu. Malah pemandu lorinya juga tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Susulan kejadian itu, laluan menghala ke Kuala Lumpur sesak sepanjang 3 kilometer, manakala dua lorong menghala ke Kuantan terpaksa ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja pengalihan dan pembersihan. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!