Linkin Park baru-baru ini mengumumkan penyanyi Emily Armstrong dari kumpulan rock Dead Sara sebagai penyanyi utama. Pengumuman itu dibuat semasa acara persembahan langsung. Selain itu, Colin Brittain, seorang penulis lagu juga akan menyertai kumpulan ini sebagai pemain dram.
Single terbaru Linkin Park, ‘The Emptiness Machine’, merupakan lagu pertama mereka dan akan menjadi trek utama untuk album yang akan datang bertajuk ‘From Zero’. Album ini dijadualkan akan dikeluarkan pada 15 November melalui Warner Records.
Ini juga merupakan album penuh pertama Linkin Park sejak “One More Light” pada tahun 2017, yang juga merupakan album terakhir Linkin Park sebelum kematian penyanyi utama mereka, Chester Bennington.
Difahamkan, Shinoda, Delson, Farrell dan Hahn telah mengadakan perjumpaan secara senyap dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka telah bekerjasama dengan pelbagai pemuzik, termasuk Emily Armstrong dan Colin Brittain.
“Sebelum Linkin Park, nama pertama kumpulan kami ialah Xero. Tajuk album ini merujuk kepada permulaan dan perjalanan yang kami lalui sekarang. Dari segi bunyi dan emosi, ia merangkumi masa lalu, masa kini dan masa depan, menggabungkan ciri bunyi kami yang khas, tetapi dengan elemen baru yang penuh kehidupan.
“Kami mencipta album ini denganpenuh penghargaan kepada rakan baru dan lama, keluarga dan peminat kami. Kami bangga dengan apa yang Linkin Park telah capai sepanjang tahun dan bersemangat untuk menempuh perjalanan yang akan datang.
“Kami rasa berseangat engan barisan baru dan muzik baru yang kami telah hasilkan bersama,” kata Shinoda. – Agensi