Lelaki Warga Malaysia Mati Ditembak Di Hatyai - The Reporter

Lelaki Warga Malaysia Mati Ditembak Di Hatyai

HATYAI – Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan pada jam 3.30 pagi tadi. 
Mangsa, Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, berasal dari Pulau Pinang, ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee. 
Polis juga turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian itu. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hatyai Kol Khittichai Sankha-travorn, pihaknya sedang memeriksa motosikal yang ditunggang oleh mangsa dan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian untuk membantu siasatan. 
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Hatyai untuk dibedah siasat. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!