Lelaki warga asing korek mata lelaki tempatan dalam pergaduhan | The Reporter

Lelaki warga asing korek mata lelaki tempatan dalam pergaduhan

lelaki warga asing korek mata

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki warga asing ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di sebuah flat di Jalan Ara Kuda yang mengakibatkan seorang lelaki tempatan, berusia 52 tahun, mengalami kecederaan parah apabila bebola mata kirinya dikorek keluar.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2 petang semalam apabila mangsa dipercayai telah mengganggu suspek. Suspek yang berang kemudian bertindak memukul dan mencederakan kedua-dua belah mata mangsa.

“Lelaki warga asing berusia 28 tahun itu telah ditahan di lokasi kejadian dan kini direman bagi membantu siasatan. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Polis menerima panggilan berhubung kejadian dan bertindak pantas menahan suspek. Kita masih belum dapat merakamkan keterangan mangsa kerana dia sedang menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Norhaslinda Rahmat, di talian 04-576 2222 sambungan 2244 atau ke mana-mana balai polis terdekat.

Terdahulu, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir ke lokasi menemui bebola mata mangsa tidak jauh dari tempat kejadian. Difahamkan, mangsa yang dipercayai dalam keadaan mabuk sebelum bergaduh dengan suspek, sehingga suspek bertindak mengorek bebola mata kiri mangsa menggunakan tangannya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts