Lelaki 'tersedut' lipas ketika tidur dan nafasnya berbau busuk selama tiga hari - The Reporter

Lelaki ‘tersedut’ lipas ketika tidur dan nafasnya berbau busuk selama tiga hari

Dia kemudian merasakan ‘benda’ tersebut turun ke kerongkong dan menyebabkannya mula batuk. Tetapi tiada apa-apa yang keluar dari mulut dan menyangka perkara itu hanya gangguan kecil dan menyambung semula tidurnya.

Seorang lelaki warga emas berusia 58 tahun dari Haikou, Wilayah Hainan, China terbangun dari tidurya pada satu malam selepas merasakan ada sesuatu yang telah masuk ke dalam lubang hidungnya.

Dia kemudian merasakan ‘benda’ tersebut turun ke kerongkong dan menyebabkannya mula batuk. Tetapi tiada apa-apa yang keluar dari mulut dan menyangka perkara itu hanya gangguan kecil dan menyambung semula tidurnya.

Namun, keesokan harinya, lelaki tersebut menyedari nafasnya menjadi sangat busuk. Walaupun kejadian itu berlaku tiga hari yang lalu, mulutnya masih berbau dan dia juga mula batuk mengeluarkan kahak berwarna kuning. Risau dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan unttuk pergi mendapatkan rawatan.

Pakar Telinga, Mulut dan Tekak (ENT) di Hospital Hainan memeriksa saluran pernafasannya. Namun, keputusannya normal dan tidak menunjukkan apa-apa yang mencurigakan. Tetapi warga emas tersebut yakin ada sesuatu yang tidak kena, lalu dirujuk kepada Dr. Lin Ling, pakar perubatan pernafasan dan rawatan kritikal.

Dr. Lin kemudian membuat imbasan CT di menemui bayangan asing di bahagian dada yang dipercayai terperangkap. Disebabkan lelaki ini merasa sangat tidak selesa, doktor telah memutuskan untuk menjalankan pembedahan keesokan harinya.

Semasa pembedahan, Dr. Lin dengan jelas melihat seekor lipas bersayap terperangkap dalam trakea pesakit dan disalut dengan kahak yang banyak. Mereka terpaksa melakukan percubaan beberapa kali sebelum berjaya mengeluarkan bangkai serangga itu.

Setelah selesai pembedahan, pesakit berasa lebih lega dan selesa biarpun mulutnya masih ada sedikit berbau busuk. Selepas lima hari dirawat di hospital, warga emas berkenaan akhirnya dibenarkan pulang dan dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan semula selepas sebulan. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!