Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki berusia 35 tahun di Singapura telah dijemput oleh sahabatnya untuk mengadakan hubungan intim dengan remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah pusat penginapan.
Difahamkan, remaja berkenaan terdesak dan memerlukan wang sebanyak S$300 (RM1,000). Dua sahabat baik itu kemudian mengambil keputusan untuk membahagikan kos tersebut.
Bagaimanapun, lelaki terbabit gagal beraksi dan hanya mampu melihat sahabatnya melakukan hubungan intim dengan gadis berkenaan.
Setahun kemudian, lelaki itu dipenjara selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Menurut dokumen mahkamah, Jeremy Sim Wei Xiang, telah lama mengenali Eng Rong Qiang, sejak dari sekolah menengah.
Pada awalnya, Eng mengenali remaja itu melalui media sosial dan bersetuju untuk melakukan hubungan intim dengan balasan Eng membayar ‘perkhidmatannya’ itu dengan bayar RM1,000, bagi membolehkan dia membeli kredit dalam permainan video.
Eng kemudian menjemput Sim dan meminta dia menempah sebuah bilik di Downtown East pada 4 Februari 2020. Kedua-duanya bersetuju untuk bersama-sama membayar RM1,000 yang dipinta oleh remaja itu.
Sim dan Eng mengaku bahawa mereka sedar mangsa masih berusia bawah umur, tetapi tidak dapat mengenal pasti umurnya yang sebenar. Kali pertama bertemu, mereka menyangka remaja itu berusia 14 atau 15 tahun.
Eng dan remaja itu merupakan orang pertama yang sampai ke chalet itu. Sim pula datang selepas habis waktu bekerja dan membawa ‘bubble tea’ yang dibeli untuk mereka bertiga.
Eng dan remaja itu dikatakan sudah tidak memakai pakaian apabila Sim masuk ke bilik. Sim terus pergi membersihkan diri sebelum menyertai mereka.
Selesai mandi, mereka bertiga cuba meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun, Sim tidak dapat berbuat demikian kerana tertekan dan timbul rasa bersalah disebabkan mangsa masih bawah umur.
Eng dan remaja itu cuba membantunya, tetapi gagal dan membuatkan Sim kecewa dan beralih ke katil bersebelahan. Dia hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa.
18 Mac 2021, ibu mangsa tampil membuat laporan polis, selepas dia mendapati anaknya melakukan hubungan intim dengan Eng, berdasarkan penemuan pada telefon bimbit remaja itu.
30 Mac 2021, Sim mengaku bersalah dan didakwa di mahkamah yang kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan, dua minggu.
Pihak pendakwaan berkata, walaupun Sim tidak melakukan hubungan intim dengan remaja berkenaan, tetapi tertuduh ada menyentuhnya, menyaksikan sahabatnya melakukan hubungan intim dengan rakannya, Eng dan cuba merangsang dirinya agar dapat menyertai mereka.
Selain itu, Sim juga didakwa adalah pemangsa seksual yang cuba mengambil kesempatan ke atas mangsa yang masih muda.
Sumber: Mothership.sg








