Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kebanyakan wanita di Malaysia merupakan wanita bekerjaya. Selain memasang impian untuk memiliki kerjaya yang stabil, kos sara hidup yang tinggi turut menjadi faktor mendorong wanita untuk bekerja.
Namun, berbeza pula dengan situasi yang dikongsikan oleh seorang pekerja warga asing apabila beliau menyatakan bahawa para isteri di negaranya tidak bekerja, sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh suami.
Menurutnya, dia berasa pelik apabila melihat ramai wanita di Malaysia yang bekerja dan berdikari.
“Di Malaysia, semua perempuan bekerja. Macam mana tu? Tapi di Bangladesh, lelaki yang kerja, perempuan tak kerja.
Perempuan sana tak kerja, duduk saja jaga rumah. Duit, baju, apa-apa keperluan semua suami yang sediakan,” katanya.
Lelaki berkenaan juga sempat berseloroh bahawa wanita di negaranya hanya “bekerja” dengan makan dan tidur, berbeza dengan wanita Malaysia yang lebih memilih untuk membina kerjaya.
Perkongsian lelaki itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang terhibur dengan pengakuannya, namun ada juga yang berpendapat bahawa budaya di negaranya sudah terbiasa dengan peranan/budaya tradisional wanita iaitu menjaga suami, anak-anak dan rumah tangga sepenuhnya selepas berkahwin.