Lelaki pijak hiasan rangoli dipanggil datang ke IPD Klang Utara untuk beri keterangan - The Reporter

Lelaki pijak hiasan rangoli dipanggil datang ke IPD Klang Utara untuk beri keterangan

Lelaki yang memijak dan merosakkan hiasan perayaan Deepavali atau rangoli di sebuah hospital swasta yang tular semalam akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara hari ini untuk dirakam keterangan. 

Baca: 

  1. (Video) ‘Apa motif pijak hiasan Rangoli?!’ – Netizen geram tengok lelaki sengaja pijak & rosakkan hiasan Rangoli
  2. ‘Tindakan tegas jika benar kakitangan terlibat’ – KPJ sedang siasat video lelaki pijak hiasan Rangoli

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang telah membuat laporan dan suspek akan dipanggil untuk memberi keterangannya.

Kes itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana sengaja memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan. 

S Vijaya turut menasihatkan orang ramai menjaga tingkah laku dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara. 

Semalam, KPJ Healthcare Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman bagi memastikan sama ada kejadian itu membabitkan kakitangannya. 

KPJ juga menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas jika benar kakitangannya terbabit dalam video tular itu. 

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!