Lelaki parah ditetak kerana tuntut hutang RM1,500 - The Reporter

Lelaki parah ditetak kerana tuntut hutang RM1,500

Seorang lelaki cedera ditetak ketika mahu menuntut semula wangnya yang dipinjamkan kepada kenalannya. 
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.30 pagi Jumaat di PPR Seri Alam, Kuala Lumpur, mangsa berusia 25 tahun cedera di kepala, mulut, lengan dan badan akibat ditetak dengan parang. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, mangsa terdahulu bertemu dengan dua kenalannya itu untuk menuntut semula wang RM1,500 yang dipinjamkan kepada mereka. 
Malangnya, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek mengeluarkan parang lalu menyerang mangsa. 
Mangsa ditetak di beberapa bahagian badan. Orang ramai yang menyedari kejadian itu kemudian datang untuk meleraikan keadaan sebelum dua suspek melarikan diri. 
Polis kini sedang mengesan dua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang menggunakan senjata. 
Sumber: Harian Metro
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!