Lelaki maut dalam kejadian langgar lari ketika bantu rakan isi minyak | The Reporter

Lelaki maut dalam kejadian langgar lari ketika bantu rakan isi minyak

Lelaki maut dalam kemalangan langgar lari di jalan Gerik-Jeli.
Polis Daerah Gerik melaporakn insiden kemalangan langgar lari yang berlaku di Jalan Gerik-Jeli.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki dilaporkan maut dalam satu kemalangan langgar lari di Kilometer 2.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, ketika kejadian, mangsa sedang membantu rakannya mengisi minyak ke dalam tangki kereta Proton Saga di bahagian kanan jalan sebelum dirempuh sebuah kereta berwarna putih yang datang dari arah Jeli ke Gerik. Kenderaan terbabit bagaimanapun terus melarikan diri selepas kejadian.

“Rakan mangsa meminta mangsa untuk menghantar minyak. Mangsa telah pergi ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah motosikal.

“Semasa sedang mengisi minyak, tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta dari arah Jeli ke Gerik iaitu laluan yang sama,” katanya.

Baca juga:

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.50 malam ketika sedang menerima rawatan.

Sementara itu, pemandu Proton Saga berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bahagian Trafik IPD Gerik di talian 05-7912222 bagi membantu siasatan.

Related Posts