Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki di Alor Gajah, ditahan polis kerana didakwa meliwat kanak-kanak berusia 11 tahun, yang juga merupakan anak jagaan isterinya.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, suspek telah mengajar anaknya menonton video lucah dan memujuknya melakukan aksi yang sama seperti dalam video tersebut.
Kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa yang juga seorang pekerja kilang ternampak anaknya menonton video lucah di telefon bimbitnya.
Anaknya kemudian mengaku dia diajar oleh suspek untuk meniru aksi dalam video tersebut.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa turut mendakwa suspek telah meliwatnya ketika isterinya tiada di rumah.
Difahamkan, mangsa dihantar kepada pengasuh berkenaan dari jam 3 petang hingga 6 petang setiap hari selepas waktu persekolahan.
Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: Berita Harian








