Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelanggan meluahkan rasa kesal apabila pesanan makanannya diletakkan di atas longkang berhampiran pondok pengawal keselamatan kediamannya. Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok, ZuwwanX, yang memuat naik rakaman menunjukkan bungkusan makanan diletakkan di atas penutup longkang.
Arahan jelas, namun lain yang dilakukan
Menurut ZuwwanX, beliau sudah memaklumkan agar makanan ditinggalkan di pondok pengawal kerana penghantar tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan. Namun, penghantar tersebut tetap meletakkannya di atas longkang yang hanya beberapa inci dari pondok pengawal itu.
“Ini makanan, benda basic saja. Kalau guard tak bagi masuk, boleh letak di guardhouse. Logiknya, siapa sanggup makan kalau makanan diletakkan atas longkang? Kalau ada kucing atau anjing datang, macam mana?” katanya.
Baca juga:
- ‘Kalau ikhlas berjuang untuk Melayu, push pemaju siapkan cepat projek’ – Penduduk Kg Sungai Baru
- ‘Tindakan tegas terhadap provokasi ganggu operasi pengosongan Kampung Sungai Baru’ – Ketua Polis KL
- ‘Bukan semua yang hadir adalah penduduk asal, ramai orang luar buat kecoh’ – Syed Badli
Walaupun geram dengan apa yang berlaku, ZuwwanX tetap tidak mendedahkan nombor plat motosikal penghantar atau membuat laporan rasmi kepada pihak p-Hailing. Dan kejadian itu tetap menjejaskan seleranya untuk menjamah makanan yang dipesan.
Reaksi netizen
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang berpihak kepada pelanggan kerana berpendapat aspek kebersihan makanan perlu dijaga, manakala sebahagian lain beranggapan penghantar mungkin menghadapi kekangan masa dan kekeliruan dengan arahan keselamatan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen bersetuju tindakan meletakkan makanan di atas longkang tidak wajar kerana boleh menjejaskan kebersihan dan keselamatan makanan.