Lelaki hantuk kepala pada hidung isteri sehingga parah, kerana mangsa enggan lakukan hubungan intim - The Reporter

Lelaki hantuk kepala pada hidung isteri sehingga parah, kerana mangsa enggan lakukan hubungan intim

Tertuduh didakwa menghantuk kepala ke hidung mangsa berusia 33 tahun dengan sengaja sehingga menyebabkan kecederaan parah

Seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengugut bunuh dan sengaja mencederakan isterinya dengan menghantuk kepala ke hidung mangsa sehingga mengalami kecederaan parah.

Tertuduh, Syed Fakrulrazi Syed Abdul Rahman, bagaimanapun memilih untuk mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Pertuduhan pertama dan kedua

Tertuduh didakwa menghantuk kepala ke hidung mangsa berusia 33 tahun dengan sengaja sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam kejadian di sebuah rumah, Taman Tanjung Minyak Perdana, 12 Februari 2023, jam 10 pagi.

Syed Fakrulrazi sengaja menakutkan mangsa dengan kata-kata ugutan akan membunuhnya di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Tertuduh perlu tanggung 4 anak

Difahamkan, tertuduh sebelum ini telah ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa tertuduh mencederakannya hanya kerana mangsa menolak pelawaannya untuk melakukan hubungan intim.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin menolak jaminan bagi pertuduhan pertama. Tetapi jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkannya, beliau mencadangkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin. Berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta melapor diri di balai polis berdekatan.

Peguam tertuduh, Ishak Mohd Kari bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan jaminan rendah. Ini kerana anak guamnya sebelum ini bekerja di kedai perabot dan mendapat pekerjaan baharu sebagai mekanik sejak 1 Jun lalu. Pendapatan kerja baharunya itu hanya dibayar gaji RM2,000 sebulan.

Selain itu, tertuduh perlu menanggung empat orang anaknya berusia antara 10 tahun hingga dua tahun. Tambahan dia kini sudah berpindah ke Bentong, Pahang dan tidak lagi tinggal bersama mangsa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dipohon oleh pihak pendakwaan. 10 Julai depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!