Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menurut sumber, apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham yang mana mangsa adalah anak murid kepada wanita berkenaan, yang juga rapat sejak dari sekolah.
“Kebetulan si suami dan si cikgu ini sedang dalam krisis dan si suami mengesyaki mangsa guna ilmu hitam untuk mendapatkan isteri dia, sedangkan mangsa tidak berbuat demikian.
“Malam semalam, lelaki itu datang memanggil mangsa untuk datang berjumpa. Mangsa yang datang seorang diri terus dipukul dengan helmet di kepala.
“Mangsa kemudian dibelasah sekumpulan lelaki sebelum disiram dengan air panas dengan perlahan-lahan di atas kepala mangsa, sambil tangannya ditahan oleh beberapa lelaki yang terlibat bagi mengelakkan mangsa melarikan diri.
“Tiada puas hati lagi, mereka kemudian mengambil satu lagi periuk air panas lalu disiramkan ke atas mangsa,” katanya.









