Lelaki bakar motosikal sebab kerap rosak & tayar pancit - The Reporter

Lelaki bakar motosikal sebab kerap rosak & tayar pancit

Seorang penghantar makanan di Thailand bertindak membakar motosikalnya kerana kecewa jentera dua tayar berkenaan selalu rosak dan tayarnya pancit dalam kejadian yang berlaku pada pagi Sabtu lalu di Nakhon Pathom.

Semasa pihak berkuasa sedang melakukan siasatan di tempat kejadian, Newat, 32, datang menghampiri mereka dan mengaku dia adalah pemilik motosikal itu serta menunjukkan geran pemilikkan motosikal Honda Wave 125 berkenaan yang dibeli sejak dua tahun lalu pada harga 60,000 baht (RM8,000).

Jelas Newat, motosikalnya selalu rosak dan kerap mengalami tayar pancit kira-kira 10 kali dalam bulan ini. Malam sebelum kejadian, kedua-dua tayar depan dan belakang pancit semasa dia sedang membuat penghantaran.

Kecewa dengan motosikal itu, Newat mengambil keputusan untuk membeli petrol dan membakar motosikalnya itu di tanah kosong kira-kira 50 meter daripada rumahnya, sebelum pulang untuk berehat.

Pagi keesokan harinya, ibu Newat memaklumkan ada beberapa anggota polis datang ke lokasi dan meminta Newat bertemu dengan mereka akan memaklumkan mengenai perbuatannya.

Di hadapan pihak berkuasa, Newat mengaku dia hilang kesabaran dan kecewa yang membawa kepada tindakannya membakar kenderaannya itu.

Difahamkan ini bukan kejadian pertama di Thailand. 5 Mac lalu, seorang lelaki Thailand berusia 58 tahun membakar keretanya di Udon Thani selepas kenderaan itu sukar dihidupkan disebabkan sistem elektrik kenderaan itu bermasalah.

Sumber: Thaiger

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!