Laman Sina melaporkan bahawa ‘surat’ itu hanyalah ditulis sebagai andaian sahaja.
Meskipun tidak benar, tetapi sayu juga hati bila membacanya. Surat terbuka yang ditulis dalam bahasa cina itu diterjemah oleh seorang pengguna Twitter, @_cfyh dalam bahasa inggeris, kami terjemahkan semula ke Bahasa Malaysia. Mungkin ada yang tertinggal atau tidak betul, maafkan kami ya.
Saya menang dalam perlawanan pertama kita, tetapi tiada yang menyangka selepas bertahun-tahun lamanya, saya telah bermain banyak perlawanan dengan awak. Kita menang dan kalah dan ya, dengan izin, saya mengatakan bahawa saya menang lebih sedikit. Tetapi saya tidak mahu bercakap tentang keputusan menang dan kalah, kerana kita tidak lagi boleh diukur dengan itu.
Ada sesetengah orang memanggil saya “Super Dan” dan ada juga yang berasa sedih untuk awak sebab awak kurang bernasib baik sedikit di belakang saya di mana dalam setiap perlawanan besar, saya akan menang. Namun saya masih bersyukur, disamping kemenangan dan kejuaraan, hubungan “Lin-Lee” masih baik. Kita boleh menjadi seperti Ronaldo dan Meesi, Larry Bird dan Magic Johnson, Federer dan Nadal, yang kekal kerana kewujudan masing-masing.
Awak berusaha keras untuk mengejar saya. Awak tak boleh menerima kekalahan dan saya pula tidak berani buat sebarang kesilapan. Sekarang, kita sudah menjadi orang tua. Yang muda pula semakin meningkat naik. Kadang-kadang saya SMS, berbual mengenai pemain-pemain muda ini. Mereka akan berdepan dengan cabaran yang sukar dan persaingan yang banyak untuk menjadi juara. Bukannya seperti dulu yang mana hanya ada kita berdua sahaja.