'Lebih seram dari filem Conjuring' - Filem Misteri Rumah Tua, lakonan Noorkumlasari diangkat penonton sebagai filem tempatan lebih berkualiti - The Reporter

‘Lebih seram dari filem Conjuring’ – Filem Misteri Rumah Tua, lakonan Noorkumlasari diangkat penonton sebagai filem tempatan lebih berkualiti

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kebanyakan filem-filem seram dinantikan oleh penonton kerana bagi mereka naskhah filem berunsurkan seram sudah pastinya menjanjikan unsur suspen, sedih dan bermacam-macam elemen lain yang dimasukkan.

Rata-rata peminat cerita seram lebih menantikan filem dari luar yang dikatakan lebih memberikan impak seram dan kelihatan lebih realistik berbanding filem tempatan.

Bagaimanapun, usaha pembikin tempatan dalam menghasilkan filem seram sebenarnya tidak mengecewakan. Pada tahun 1987, filem Misteri Rumah Tua yang merupakan filem usaha sama Malaysia dan Indonesia pernah ‘menghantui’ peminat-peminat filem berkenaan yang dikatakan lebih seram berbanding filem Conjuring.

Filem ini dikatakan pernah mencetuskan kontroversi kerana adegan pelakon wanita, Noorkumalasari melahirkan anak dari mulut didakwa terlalu menakutkan dan adegan berkenaan telah disunting dan dikeluarkan.

Misteri Rumah Tua yang diarahkan oleh Liliek Sudjio dan skrip oleh Anton Erlangga mengisahkan tentang seorang wanita yang sedang sarat mengandung dirogol dan dibunuh secara kejam. Akibat daripada pembunuhan kejam itu, wanita itu menjadi roh yang tidak tenteram dan berdendam.

Kedatangan sekumpulan remaja ke rumah tua itu membuatkan roh berkenaan kembali hidup dan berdendam apatah lagi bapa kepada salah seorang remaja yang datang pernah terlibat dalam kes rogol dan bunuh wanita itu.

Selain Noorkumalasari, filem ini turut dibintangi oleh Tony Hidayat, Rani Soraya dan ramai lagi.

Sumber: Sukafilem, MovieAddict, Margasatwa, DoBetter4Malaysia

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!