Lantang bidas parti, UMNO pecat Rafidah, Daim dan Rais - The Reporter

Lantang bidas parti, UMNO pecat Rafidah, Daim dan Rais

Ekoran kelantangan tiga pemimpin veteran mengkritik parti sendiri, UMNO telah mengambil keputusan untuk memecat Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim. 
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
“Semalam, surat-surat telah disediakan. Saya telah tandatangani dan hantar kepada mereka. Mereka sendiri tahu dan mereka barangkali hendak kita gugurkan mereka sebagai ahli. 
“Mereka bersama kami dahulu, hari ini kita perbetulkanlah. Kita dalam satu jemaah, kini mereka dalam jemaah menunding jari. Ini tidak patut dan tidak adil,” katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today. 
Terdahulu, Daim dan Rafidah secara terbuka mengkritik parti itu dan menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan. Manakala Rais pula membidas UMNO dan SPR secara terbuka. 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!