“Lambo Abang Sol berasap ke tu?” demikian kapsyen pada video yang tular di media sosial sejak semalam menunjukkan kereta mewah milik pengarah sensasi, Syamsul Yusof, yang didapati berasap.
Dalam video itu menunjukkan Syamsul keluar dari keretanya setelah mendapati jentera kebanggaannya itu berasap semasa sedang memandu di sekitar ibu kota.
Sebelum kejadian, saksi mendakwa Syamsul sempat merakam gambar bersama pengguna jalan raya yang menyedari kehadirannya itu.
“Sebelum kejadian, dah perasan Syamsul macam tengah tengok kat dalam kereta dia. Mungkin masa tu ada keluar warning light indicator, kat meter.
“Dalam masa yang sama, dia sempat melayan peminat untuk berselfie,” kata saksi.
Di media sosial, ada netizen memaklumkan, kenderaan mewah seperti itu tidak sesuai dipandu di jalan raya yang seringkali mengalami kesesakan.
“Kereta tu tak sesuai dalam jem, memang senang overheat,” komen Butterfingers Png.
Bagaimana, majoriti netizen mengambil kesempatan untuk mengatakan itu adalah ‘ujian’ buat Syamsul.
“Tapi kan, itulah.. bila isteri derhaka kat suami berdosa. Tapi bila suami berdosa, dia tak derhaka kat isteri, tapi dia derhaka pada Allah,” komen Deefasha.
“Ujian demi ujian tanpa kita sedar. Slow-slow jatuh sehingga kita sedar dan bangkit semula dengan mendekatkan diri dengan Allah. Saya pun pernah rasa nai kdan jatuh tersungkur,” komen Nm Suprise Bouquet.
Sumber: TikTok