Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Zon Tengah 1 memaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf jalan akan dilaksanakan di Persimpangan Persekutuan FT29/FT32, Jambatan Kota Warisan (Kiwa) bermula 2 Januari 2025 sehingga 10 Disember 2025. Sepanjang tempoh ini, beberapa laluan akan ditutup dan perubahan aliran trafik akan dikuatkuasakan bagi memastikan kelancaran projek.
Laluan yang terlibat adalah seperti berikut:
Laluan boleh dilalui (Kumpulan A):
- Bandar Baru Salak Tinggi ↔ KLIA
- KLIA → Kota Warisan
- Kota Warisan → Bandar Baru Salak Tinggi
Laluan tidak boleh dilalui (Kumpulan B):
- Kota Warisan → KLIA
- Bandar Baru Salak Tinggi → Kota Warisan
Laluan alternatif yang disediakan:
- Dari arah Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi:
- Gunakan laluan alternatif melalui Jalan Gemilang 1 dan bertemu di Simpang 3 FT32 (Jalan Bandar Baru Salak Tinggi – Kota Warisan).
- Laluan ini hanya disarankan untuk kenderaan ringan.
- Dari arah Bandar Baru Salak Tinggi ke Simpang Kota Warisan FT29:
- Pengguna boleh melalui Jalan Labohan Dagang dan masuk ke Bulatan KLIA sebelum menuju ke Simpang 3 Kota Warisan.
- Alternatif laluan ke Nilai:
- Dari Kota Warisan atau BBST, pengguna boleh menuju Tol Bandar Serenia untuk keluar ke destinasi seperti KLIA atau Nilai.
Peta lokasi kerja dan panduan laluan alternatif:
Rujukan peta lokasi dan laluan alternatif telah disediakan bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat perancangan perjalanan yang lebih baik.
Perhatian kepada pengguna jalan raya:
- Sentiasa berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda keselamatan yang dipasang di sekitar kawasan kerja.
- Gunakan laluan alternatif yang ditetapkan untuk mengurangkan risiko kesesakan.
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan kepada pihak kontraktor melalui:
Hotline: 011-71314220 (WhatsApp)
Emel: aduan.rdrsepang@gmail.com