Lagu Sejahtera Malaysia nyanyian pelbagai kaum buat ramai tersentuh | The Reporter

Lagu Sejahtera Malaysia nyanyian pelbagai kaum buat ramai tersentuh

Lagu Sejahtera Malaysia dinyanyikan pelbagai kaum tanpa kira usia.
Gambar: Tangkap layar TikTok Johnson Khoo.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi. Kepelbagaian ini menggambarkan keunikan masyarakat majmuk di negara kita yang hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.

Walaupun wujud perbezaan dari segi agama, bangsa dan juga fahaman politik, ia bukanlah alasan untuk masyarakat bermusuhan atau berpecah belah. Sebaliknya, semangat perpaduan jelas terbukti apabila berlakunya majlis keraian ataupun insiden tertentu, masyarakat tanpa mengira latar belakang akan berganding bahu membantu antara satu sama lain.

Baru-baru ini, menerusi satu video tular di TikTok, ramai mengagumi sekumpulan individu pelbagai kaum yang menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia. Lagu patriotik yang pernah dipopularkan oleh Fauziah Ahmad Daud, Azlina Aziz, Rohana Jalil, Elaine Kang dan Desre itu dinyanyikan semula dengan penuh penghayatan oleh kumpulan berkenaan.

https://www.tiktok.com/@johnsonkhoo/video/7546049675997105426?_r=1&_t=ZS-8zULSiILi3o
Baca juga:

Turut mencuri perhatian ialah hiasan kek cawan yang diletakkan bendera kecil Malaysia di atasnya, sekali gus menambahkan lagi suasana kebersamaan dan semangat cintakan tanah air.

Nyanyian mereka bukan sahaja sedap didengar, malah mendapat pujian ramai kerana mampu membangkitkan rasa sayang terhadap negara. Lebih menarik, rata-rata penyanyi dalam video tersebut bukan daripada golongan muda, namun masih bersemangat menyampaikan lagu itu dengan penuh jiwa.

“Sejuk hati melihat ramai masih cintakan negara melalui lagu Sejahtera Malaysia,” komen seorang pengguna TikTok.

Related Posts